PROGRAM PEMULIHAN AKHLAK REMAJA DELINKUEN DI PUSAT PEMULIHAN AKHLAK DI MALAYSIA Moral Rehabilitation Program For Delinquent Adolescents At Moral Rehabilitation Centers In Malaysia

Mariam Abd. Majid, Zainab Ismail, Aisyah Humairak Abdul Rahman, Abur Hamdi Usman, Noraini Mohamad, Noor Hafizah Mohd Haridi

Abstract


Pelbagai program pemulihan akhlak kepada remaja delinkuen telah dilaksanakan di pusat pemulihan akhlak di Malaysia. Namun, permasalahan delinkuen dalam kalangan remaja masih terus berlaku. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk membincangkan program pemulihan akhlak remaja delinkuen yang telah dilaksanakan di pusat pemulihan akhlak di Malaysia. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan eksploratori. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual separa struktur. Seramai empat orang informan dipilih dari tiga kategori pusat pemulihan akhlak iaitu pusat pemulihan kelolaan Jabatan Penjara Malaysia (JPM), pusat pemulihan kelolaan Majlis Agama Islam Negeri dan pusat pemulihan kelolaan Jabaran Kebajikan Masyarakat (JKM). Mereka dipilih menggunakan persampelan bertujuan. Data yang diperoleh daripada temu bual dianalisis menggunakan pendekatan tematik. Hasil kajian mendapati program-program pemulihan di ketiga-tiga institusi difokuskan dalam aspek pemantapan kerohanian dan keagamaan, penyediaan slot bimbingan, kaunseling dan motivasi serta latihan kemahiran. Program yang dijalankan ini memberi implikasi khususnya dalam pembangunan model jati diri remaja menurut perspektif Islam.

Kata Kunci: Program, Pemulihan Akhlak, Remaja, Delinkuen, Malaysia

 

Various moral rehabilitation programs for delinquent juveniles have been implemented at moral rehabilitation centers in Malaysia. However, the problem of delinquency among adolescents continues to occur. Therefore, this article aims to discuss the moral rehabilitation program of delinquent adolescents that has been implemented in moral rehabilitation centers in Malaysia. The design of this study was an exploratory survey study. Data collection was done through semi -structured interviews. A total of four informants were selected from three categories of moral rehabilitation centers, namely rehabilitation centers run by the Malaysian Prisons Department (JPM), rehabilitation centers run by the State Islamic Religious Council and rehabilitation centers run by the Social Welfare Department (JKM). They were selected using purposive sampling. Data obtained from the interviews were analyzed using a thematic approach. The results of the study found that the rehabilitation programs in the three institutions are focused on aspects of spiritual and religious strengthening, the provision of guidance slots, counseling and motivation as well as skills training. This program has implications, especially in the development of adolescent identity models according to the Islamic perspective.

Keywords: Program, Moral rehabilitation, Delinquent, Adolescents, Malaysia


Full Text:

DOCX

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN : 2289-8115      ISSN : 1985-7012