PELAKSANAAN NILAI AL-BIRR DAN ITQAN MEMPENGARUHI TINGKAHLAKU PENJAWAT AWAM SUPAYA LEBIH CEMERLANG DAN BERETIKA (THE IMPLEMENTATION OF AL- BIRR AND ITQAN VALUES INFLUENCE THE BEHAVIOR OF CIVIL SERVANTS TO BE MORE EXCELLENT AND ETHICAL)

Enida Daud

Abstract


Abstrak:

Kefahaman terhadap nilai dan etika kerja sangat penting dalam menentukan arah dan memberi makna kepada pemikiran, tindakan serta perilaku penjawat awam dalam memenuhi tanggungjawab dengan ikhlas dan berdedikasi. Etika kerja ini memainkan  peranan  yang  penting  dalam  organisasi dan  menjadi  panduan tingkah  laku  serta  elemen  perubahan  sikap    ke  arah  yang  lebih  baik. Pekerja  yang berdisiplin tinggi akan memastikan setiap kerja dilaksanakan dengan baik meskipun tiada pengawasan terhadapnya. Beberapa konsep etika kerja  yang sering diulang-ulang  dalam  al-Quran yang mempunyai  hubungan rapat  dengan  kerja  cemerlang  adalah  taqwa, amal  saleh, al-Birr, al-Qist, ihsan, masuliyah, ma’ruf dan Itqan. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti kesan pelaksanaan Etika kerja Islam yang memfokus kepada konsep al-Birr dan itqan terhadap tingkahlaku penjawat awam dalam mencapai kecemerlangan bekerja.  Kajian  ini  menggunakan  tiga  kaedah  penyelidikan iaitu kajian ke perpustakaan, temubual pakar dan soalselidik. Temubual  telah  diadakan  dengan pegawai dari Suruhanjaya  Pencegahan  Rasuah Malaysia  (SPRM), Pegawai dari Jabatan Audit Negara dan beberapa orang pensyarah dari Fakulti Tamadun Islam UTM. Manakala soal  selidik  telah  diedarkan  kepada 356 orang penjawat awam negeri Johor. Hasil kajian mendapati bahawa nilai al-Birr dan itqan mempengaruhi tingkahlaku penjawat awam dalam melaksanakan pekerjaan. Al-Birr adalah berhubung rapat dengan sifat bertolak ansur, inovasi, kebaikan, bermusyawarah  dan  bekerjasama. Nilai itqan pula adalah merujuk kepada ketekunan, kecekapan kerja, berdisiplin dan  melaksanakan  tugas dengan penuh komitmen. Nilai-nilai yang terkandung dalam al-Birr dan itqan ini akan melahirkan penjawat awam yang sentiasa mementingkan kebaikan, kesungguhan dan kecemerlangan dalam pekerjaan.  

 

Kata kunci: al-Birr, itqan, tingkahlaku penjawat awam, etika kerja Islam, kerja cemerlang dan  beretika

Abstract:

Understanding the value and work ethic is crucial in determining the direction and meaning of the thoughts, actions, and behavior of the civil servant in fulfilling his responsibilities with sincerity and dedication. This work ethic plays an important role in the organization and serves as a guide for behavior and an element of attitude change for the better. Highly disciplined employees will ensure that every job is performed well without any supervision. Some of the concepts of work ethic that are often repeated in the Qur'an which are closely linked to excellence are taqwa, ihsan, al-Birr, al-Qist, amal saleh, masuliyyah, ma'ruf and itqan. Therefore, this study aimed to identify the impact of implementing Islamic work ethics that focuses on al-Birr and itqan concepts on the behavior of civil servants to achieve excellence in work.This study uses three research methods: library research, expert interviews and research. Interviews were held with officials from the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), officials from the National Audit Department and several lecturers from the UTM Islamic Civilization faculty. While the questionnaire was distributed to 356 Johor civil servants. The results show that al-Birr and itqan values influence the behavior of civil servants in performing their jobs. Al-Birr is closely associated with tolerance, innovation, kindness, consultation, and cooperation. The value of itqan is to refer to perseverance, work efficiency, discipline and commitment. The values embodied in al-Birr and itqan will produce civil servants who are always concerned about the good, the seriousness and the excellence of the work.

Keywords: al-Birr, itqan, the behavior of civil servants , Islamic work ethics, excellence of the work


Full Text:

PDF

References


RUJUKAN

Abdullah, D. (2015). Konsep kebajikan ( al-birr ) dalam al-qur ’ an:, 4(1), 192–196.

Ab. Aziz, Y., & Ahmad Bashir, A. (2008). Pengurusan perniagaan Islam, konsep isu dan perlaksanaan. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Ajzen, I. (1991). The Theory of Planned Behavior. Organizational Behavior and Human Decision Processes, 179–211.

al- Ghazali, I. A. H. M. (1967). Ihya’ Ulum al-Din. Qahirah: Mu’assah

al- Halabi wa Syarikah li al Nasyri wa at-Tauzi.

Azizi, Y. (2000). Keluarga Dalam Pembentukan Moral.

Che Yusoff, C. M. (1989). Konsep al- Birr Mengikut al-Quran. Jurnal Islamiyyat, 10, 43–52.

Jabatan Audit Negara. (2019). Kenyataan Akhbar oleh Ketua Audit Negara 15 Julai 2019. Retrieved from www.audit.gov.my

Lazimah, A. (2006). Pengaruh Tekanan Kerja, Etika Kerja Islam dan Kepuasan Kerja Terhadap Niat Berhenti Kerja. Tesis Master, Universiti Utara Malaysia.

Mohamad Khadafi, H. R. (2015). Prinsip Etika Kerja Islam Menurut Al-Quran dan AL-Sunnah: Satu Penilaian Terhadap Karya Penulis Etika Kerja Islam di Malaysia. Tesis Phd, Universiti Utara Malaysia.

Mohamad Ridhuan, M. D., & , Nik Anis Idayu, Nurul Ezhawati, A. (2016). Reviving Gonernment Service Delivery System in the Perspective of Islamic Work Ethics (IWEs) Framework: A Review on Work Ethics in Selected Agencies and Institution. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 3(2), 139–154.

Muhammad Saiful Anuar, Y., Azman, C. M., Hakim, M. L. I., Mohd Khairul Anuar, I., & Zawiah, S. (2018). Khusyuk Dalam Melaksanakan Ibadah Solat : Peranannya Dalam mencegah Perkara Keji dan Mungkar. Jurnal E-Academia Universiti Teknologi MARA Terengganu, 7(1), 108–119.

Muhammad, M. M. (1993). ’Ilm al-nafs al-mu’asir fi daw’i al-Islam. Jeddah: Dar al-Shuruq. Jeddah: Dar al-Shuruq.

Norul Huda, M. R. (2015). Hubungan Antara Ganjaran dan Etika Kerja Islam dengan komitmen dalam kalangan pekerja di Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan. Tesis Sarjana Sains, Universiti Teknologi Malaysia.

Nor Nazimi, M. M., Aminuddin, B., & Jaffary, A. (2017). Faktor Dalaman Dalam Pembentukan Tingkahlaku Beragama Menurut al-Ghazali dan Sigmund Freud. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 4(2), 98–105.

Nurhafilah, M. (2015). Penerapan Konsep Mas’uliyyah dan Amanah dalam Pentadbiran Awam ke arah Bersih rasuah - Kajian di Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam (MPKB-BI), 1–29

Pelletier, K. L., & Bligh, M. C. (2006). Rebounding from Corruption : Perceptions of Ethics Program Effectiveness in a Public Sector Organization. Journal of Business Ethics, 359–374. http://doi.org/10.1007/s10551-006-9027-3

Rusniyati, M. (2009). Hubungan Etika Kerja Islam Dengan KOmitmen Organisasi: Kajian Di kalangan Kakitangan Lembaga Urusan Tabung Haji. Tesis PHD UUM.

Suhardi, M. (2016). Birokrasi Awam Pentadbiran Kabupaten Bintan Dan Penerapan Sumbangan Falsafah Budaya Melayu. Tesis PHD, Universiti teknologi Malaysia.

Tengku Sarina Aini, T. K., & Fadillah, M. (2007). Keperluan Motivasi Dalam Pengurusan Kerja Berkualiti Dari Perspektif Pemikiran Islam. Jurnal Usuluddin, 25, 103–124.

Wiyata Budhi, U. (2013). Etika Kerja Islami Sebagai Variabel Intervening Dalam Peningkatan Kinerja. Tesis Sarjana, Universitas Jember.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN : 2289-8115      ISSN : 1985-7012