AZAM TANI: TAHAP KEMAHIRAN DAN DAYA SAING RESPONDEN MELAYU MISKIN DI SEBERANG PERAI, PULAU PINANG.

Mohd Hudzairi Mansor Mohd Nadzir

Abstract


Pembasmian kemiskinan telah menjadi salah satu agenda kerajaan semenjak pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Hal ini kerana kemiskinan dilihat boleh memberi impak negatif kepada negara. Majoriti miskin di kalangan orang Melayu dan beragama Islam. Namun begitu Islam tidak memandang kemiskinan sebagai perkara yang hina. Ia masih boleh diubati. Salah satu pendekatan adalah melalui pembangunan komuniti seperti   Program AZAM Tani yang telah pada dilaksanakan pada tahun 2010. Malah pelaksanaan AZAM Tani dilihat sebagai satu impak positif kepada komuniti miskin terutamanya dari etnik Melayu. Salah satu penumpuan program ini adalah meningkat pengetahuan, kemahiran dan daya saing pesertanya. Maka itu, permasalahannya adalah apakah tahap kemahiran dan daya saing komuniti Melayu miskin setelah menyertai program AZAM Tani ini. Kaedah kuantitatif dan bancian digunakan dalam kajian ini. Seramai 54 responden berjaya dikutip dari lapangan dan mereka adalah peserta program AZAM Tani pada tahun 2011. Mereka ini tinggal di Seberang Perai. Hasil analisis menunjukkan tahap kemahiran dan daya saing responden adalah sederhana tinggi. Namun begitu, kemahiran dan daya saing diperoleh secara tidak langsung dari pelaksanaan program ini melalui pengetahuan. Walau bagaimanapun, perlaksanaan program AZAM Tani membantu kepada perubahan tahap pendapatan responden dan membantu majoriti responden melaksanakan pekerjaan tambahan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN : 2289-8115      ISSN : 1985-7012