JENIS-JENIS EMOSI PESAKIT KANSER WANITA DI PERSATUAN KEBANGSAAN KANSER MALAYSIA (PKKM) KUALA LUMPUR (TYPES OF EMOTION AMONG FEMALE CANCER PATIENTS AT NATIONAL CANCER SOCIETY MALAYSIA (NCSM) KUALA LUMPUR)

Nora Ahmad @ Aziz, A’dawiyah Ismail

Abstract


Pengurusan emosi menurut al-Quran mampu mencipta kebaikan dan perubahan terhadap keperibadian atau tingkah laku seseorang. Al-Quran mampu mengubah fikiran serta perilaku manusia yang asalnya jahil ke arah petunjuk.Wanita yang mengalami penyakit kanser majoritinya menghadapi kecelaruan dari segi emosi dan pelbagai persoalan yang bermain di minda. Namun masih ada segelintir mereka menerima kanser ini dengan hati yang tenang, redha dengan ketentuan Allah SWT dan menerima dengan positif bahawa mereka adalah manusia pilihan Allah SWT. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji jenis-jenis emosi pesakit kanser wanita. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Data dikumpulkan menerusi borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package for the Social Science (SPSS) Version 23 berdasarkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jenis-jenis emosi pesakit kanser wanita antaranya ialah emosi positif seperti lebih bersemangat, gembira dan berkeyakinan untuk meneruskan kehidupan dan emosi negatif seperti takut, marah, benci, malu, sedih dan tekanan (stress). Sekiranya emosi ini dapat diurus dengan baik, maka dapat melahirkan pesakit kanser yang mempunyai keteguhan dan keimanan dalam akidah tauhid yang boleh mententeramkan jiwa manusia. Di samping pelaksanaan ibadah-ibadah yang seragam akan membersihkan jiwa manusia, belajar bersabar, bersyukur serta menerima kententuan qada’ dan qadar Allah SWT, menganjurkan agar pesakit tekun berzikir dan sentiasa bertaubat demi mendapat keredhaan Allah SWT.

 

Kata Kunci: emosi, pesakit kanser wanita

 

ABSTRACT

 

The management of emotions according to the Quran is able to create goodness and change in the personality or behaviour of a person. The Quran itself is able to change the mind and behaviour of man who is originally an ignorant towards direction and guidance. Women who suffer from cancer are commonly facing emotional disorders and various issues that keeps playing in their minds. Yet there are still a number of them who accept cancer with a calm heart, rejuvenated with the provisions of God and accepted positively that they are the preferred human being of Him to be tested. This paper aims to investigate the types of emotion among female cancer patients. The study uses the survey study design. While data were collected through questionnaires and further analysed using Statistical Packages for Social Science (SPSS Version 23) based on frequency, percentage and mean. The results show that the types emotion among the female cancer patients are positive emotions such as being more excited, happy and confident to continue life and negative emotions such as fear, anger, hate, shame, sadness and stress. If these emotions are well managed, more cancer patients who have the strength and faith that can calm the human soul are to be seen. Besides that, the practice of worships can purify the human soul, as well as learning to be patient, grateful, accept the fate and destiny, advise the patients to do the zikr and always repent for the sake to get the pleasure of Allah SWT.

 

Keywords: emotion, cancer patient female

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN : 2289-8115      ISSN : 1985-7012