AMALAN KAUNSELING SEKOLAH DI UNITED KINGDOM DALAM MENINGKATKAN KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK DAN REMAJA

Mohamad Sattar Rasul, Mohd Rosdi Sukardi, Rose Amnah Abd Rauf

Abstract


Remaja kini banyak menghadapi masalah-masalah mental disebabkan faktor-faktor seperti penderaan, perpecahan keluarga, buli dan kehilangan orang tersayang dan perubahan sosial yang lebih meluas. Namun amalan kaunseling di sekolah di beberapa tempat di dunia dalam meningkatkan kesihatan mental kanak-kanak dan remaja masih mencari kaedah terbaik untuk melaksanakannya. Kajian ini menerangkan keadaan amalan kaunseling sekolah yang diaplikasikan di United Kingdom (UK) keatas kanak-kanak dan remaj.  Kajian ini merupakan suatu kajian ulasan sistematik. Kajian mendapati tahap amalan kaunseling terbaik perlu bagi menyelesaikan masalah sosial dalam kalangan remaja yang semakin meningkat. Namun, amalan kaunseling sekolah di UK masih lagi kekurangan dalam menyediakan akses perkhidmatan yang baik kepada remaja sekolah. Justeru, faktor yang menjadi galakan kepada amalan kaunseling terbaik adalah seperti latihan profesional untuk kaunselor, keinginan remaja terhadap perkhidmatan kaunseling, penyepaduan perkhidmatan kaunseling sekolah dengan perkhidmatan professional kesihatan mental lain, serta tahap keberkesanan kaunseling sekolah yang holistik. Faktor ini perlu diambil berat bagi menambah baik amalan perkhidmatan kaunseling di sekolah bagi menangani penyakit psikologi yang merebak dalam kalangan remaja.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN : 2289-8115      ISSN : 1985-7012